Baby Aryan and Baby Ummar 1st Birthday Party
Taman Cheras Jaya
Assalamualaikum apa khabar semua. Wah!!! hari ini baru lega sedikit dan baru dapat update buletin blog Awang dengan tenangnya. Niat dihati memang nak sentiasa update semua majlis-majlis yang Awang raikan. Maaf kepada pelanggan-pelanggan yang tidak sempat Awang update buletin tentang majlis masing-masing. Faktor kesibukan kerjaya dan menguruskan keluarga menjadi rutin harian yang tak terhenti.
17 Aug 2013 lalu, Awang memperolehi 2 show yang istimewa.Bertempat di Taman Cheras Jaya, Selangor. Apa yang istimewanya, kedua-dua majlis berlangsung di Taman yang sama tetapi rumah yang berlainan dan dengan keluarga 2 beradik yang sama. Istimewanya lagi, kedua-dua birthday boy ini lahir pada tarikh yang sama juga. Wahhh!!!macam rancang-rancang pula kedua beradik nie. Apa-apa pon terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian menjemput Awang di majlis tersebut.
Pada mulanya, timbul rasa risau yang tinggi untuk menguruskan kedua-dua majlis ini. Mana tidaknya, balloon sculpture dan fun games perlu diselaras dan disusun dengan baik supaya tidak sama dikedua-dua majlis. Alhamdulillah, dengan berkat doa dan usaha, Awang dapat sempurnakan majlis dengan baik.
Ini ada beberapa foto kenang-kenangan majlis tersebut:
Happy Birthday Baby Ummar
Baby Ummar, Papa and jet pet...
Ehem Ehem....
Happy Birthday Baby Aryan...cuba lihat adik-adik yang lain tu. Semua orang yang sama di majlis Baby Ummar...Huhuhuhu....
Sempat salin costume lain...biar wangi and fresh. Hahahaha...thanks to my perfume Lacoste chalenge.
Baby Aryan pon dapat jet pet....tapi version lain.
Hush....tokojut pakcik...hantu mano plak nie?
30 Nov 2012 (Jumaat)
Sambutan Kecemerlangan UPSR.
Rumah Pn Nelly Irwati Bt Abu Bakar.
Terima kasih berjuta-juta ATC ucapkan kepada Pn Nelly sekeluarga kerana telah menjemput ATC ke majlis beliau yang sangat indah. Dikesempatan ini ATC ingin mengucapkan segulung penghargaan TAHNIAH atas kecemerlangan anak Pn Nelly iaitu adik Amira atas keputusan UPSR yang sangat cemerlang 5A. Sempat juga ATC bertanya di mana arah tujunya selepas ini? Jawapan yang sangat bersemangat ATC terima, Adik Amira bercita-cita untuk menyambung pengajian menengahnya di salah sebuah sekolah asrama penuh agama yang terletak di Kajang, Selangor. Somoga impian adik Amira akan terlaksana. Amin!!! Di rumah yang sangat cantik dan tersusun rapi, jelas ATC dapat gambarkan kehidupan sebuah keluarga yang sangat indah dan mesra. Cahaya kegembiraan seorang ibu tidak dapat dilindungi lagi dengan pencapaian anak yang sangat cemerlang. Itulah yang cahaya yang terpancar diraut wajah seorang ibu manis Pn Nelly. Apa pun ATC nak memohon maaf kepada ibu dan bapa ATC kerana kesungguhan mereka menyempurnakan anak-anak tidak dapat ATC teruskan. Dengan segulung diploma perakaunan yang di perolehi atas pengorbanan meraka ATC hanya dapat gantungkan di dinding. Apa pun ATC berjanji, untuk menjadi anak yang sangat sayang pada ibu dan bapa. Untuk Adik Amira, doa ATC agar adik sentiasa cemerlang dan terus gemilang. Pada Puan Nelly dan suami, banyak yang ATC dapat belajar di raut wajah seorang ibu bapa yang sangat menjaga amanah ALLAH. Tq.
28 Nov 2012 (Rabu)
Majlis Makan Malam JPN (Kelab Bahagian Istiadat dan Persidangan Antarabangsa)Dewan Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Persint 4, Putrajaya.
Terima kasih atas undangan dari Pihak Persatuan dari JPN (Unit Istiadat dan Persidangan antarabangsa) kerana telah mengambil Awang The Clown (ATC) sebagai penghibur dan sebagai penghias balon (balloon decorator) untuk majlis tersebut. Pada malam tersebut, tercipta sejarah baru untuk ATC kerana dengan rasminya ATC telah menggunakan costume terbaru iaitu L.E.D Clown. Keterujuan ATC pada hari tersebut sangat tinggi kerana ATC dimaklumkan adalah Clown pertama di Malaysia dan mungkin juga di dunia yang secara rasminya menggunakan costume L.E.D clown. Sukacita ATC lampirkan beberapa gambar dan Video untuk tatapan semua. Tq.
Youtube : Awang The First L.E.D Clown 2.0 :
Balloon Decoration dari Awang The Clown:
Keadaan Dewan Sebelum Dihias.
Menarik Tak ?
Sikit nie jer yang Awang buat. Ikut budjet. Huhuhuhu......
12 Oct 2012 (Jumaat).
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sek. Keb Putrajaya Persint 8 (1).
Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1), Putrajaya.
Terima kasih atas undangan dari pihak Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1) terutama kepada Cikgu Salina
kerana sudi menjemput Awang The Clown bersama seluruh pelajar Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1) bagi menjayakan program tersebut.
Pada kali ini Awang telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh warga pendidik dan pelajar Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1). Semangat Awang untuk menghiburkan adik-adik ini menjadi lebih bertenaga dengan sambutan yang sangat menghangatkan dari adik-adik pelajar sekolah tersebut.
Tiada gambar untuk Awang the Clown tatapkan pada edisi kali ini. Rakaman video dari seorang sahabat sempat Awang rembat untuk tontonan semua.....Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak 2012. Layaaaannnnnnnnzzzzz......
Awang The Clown Chicken Dance Fun Time
22 Sept 2012 (Sabtu).
Maybank (P.J) Charity Day
Rumah Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang, Selangor.
Terima kasih atas undangan dari Pn Siti (Maybank) kerana sudi menjemput Awang The Clown
bersama seluruh warga kerja Maybank bagi menjayakan Majlis Amal tersebut.
![]() |
| Kelihatan abang-abang macho Maybank sedang berehat selepas bertungkus lumus berGANGNAM dgn gotong-royong dan sebagainya. |





















No comments:
Post a Comment